DramaTV

Drama Baby Tak Gila Tampilkan Kisah Komedi Romantik & Konflik Kekeluargaan

Membuka tirai tahun 2021, unifi TV dan Pencil Pictures And Records Sdn Bhd tampil dengan sebuah drama yang bertajuk Baby Tak Gila.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan ia sebuah drama bergenre romantik komedi yang sesuai ditonton seluruh lapisan masyarakat. Drama yang mempunyai konflik dan plot penceritaan yang merangkumi kisah kekeluargaan, percintaan serta kasih sayang ini diarahkan dan digarap oleh Nizam Zakaria. 

Apabila ditanya mengenai pembikinan Baby Tak Gila, Penerbitnya iaitu Datuk Normashayu Puteh berkata, menjalankan penggambaran sewaktu tempoh PKPB sememangnya ada cabaran dan dugaan.

“Namun begitu ini adalah tanggungjawab dan dalam apa jua keadaan setiap kerja itu harus diselesaikan.

Saya berterima kasih kepada pihak kerajaan serta pihak berwajib yang memberi kebenaran serta melihat kami yang bekerja di dalam industri kreatif ini turut menyumbang terhadap ekonomi negara,” ujarnya.

Drama berkenaan mengisahkan Baby (Wafariena) mempunyai ‘sikap pelik’ sejak dari kecil lagi, membuatkan adik-beradiknya Tasha (Tunku Hanis) dan Mimie (Zera Hariz) berasa stress dan sukar untuk merubah perangai pelik Baby dan perangai manja terlampau Baby. 

Hanya ibunya Fauziah (Ellie Suriaty) sahaja mampu melayan segala kerenah manja dan perangai tak masuk akal Baby. Sudah terbiasa hidup senang sejak dari kecil, dimanjakan oleh arwah atuknya jugak membuatkan adik beradik Baby yang lain membenci Baby dan iri hati. 

Baby Tak Gila menggabungkan barisan pelakon yang berpengalaman dan meningkat naik yang mempunyai mutu lakonan yang tidak perlu disangkal antaranya Ellie Suriaty, Nazia Mustafa, Syazuwan Hassan, Wafariena, Tunku Hanis dan Zera Hariz. 

Pengambaran yang dilakukan sekitar November yang lalu, memilih Langkawi serta sekitar Lembah Klang sebagai lokasi utama

Menariknya juga, runut bunyi drama ini dibuat khas yang bertajuk “ALA SHAYANG” dan dinyanyikan oleh Fian Ali. Video lirik lagu ini telah pun dilancarkan pada 19 Februari yang lalu di saluran YouTube dan boleh distrim di semua platform digital.

Drama 16 episod yang akan bersiaran di unifi TV menerusi saluran HyppSensasi HD 116, mulai 10 Mac ini. Drama ini akan bersiaran setiap Isnin sehingga Khamis, jam 9.00 malam. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
2
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button