DramaTV

Drama Terjerat Lakonan Aliff Aziz & Ruhainies Akhirnya Ditayangkan Di iQIYI

Dalam bayangan krisis hutang yang dahsyat, Nadia (lakonan Ruhainies) dan Faliq (lakonan Aliff Aziz) mendapati diri mereka terperangkap dalam sebuah episod penculikan selama seminggu akibat hutang pasangan masing-masing.

Inilah mesej yang diketengahkan oleh drama TERJERAT arahan terkini pengarah berkaliber, Azmi Hatta.

Dijadual tayang pada 21 Jun 2024 di platform iQIYI, TERJERAT terlebih dahulu sudah menjadi bualan hangat sehingga ramai peminat drama tempatan tidak sabar untuk menontonnya.

Kini, siri original iQIYI, TERJERAT Cinta segera ditayangkan, empat hari selepas Aidiladha atau sambutan Raya Haji.

Apakah yang penonton akan peroleh daripada siri yang bukan hanya dibintangi oleh Alif Aziz dan Ruhainies tetapi juga Fendy Bakry yang sempat mencetuskan kontroversi ini?

Menurut iQIYI, siri ini menjanjikan pengalaman menonton yang penuh emosi dan ketegangan dengan gabungan genre melodrama percintaan dan suspense thriller.

Menariknya, TERJERAT turut memaparkan ‘red flags’ yang perlu diketahui oleh para wanita apabila berhadapan dengan lelaki.

Azmi Hatta selaku pengarah menyifatkan bahawa lakonan Alif Aziz, Ruhainies dan Fendy Bakry  melalui drama ini sangat menepati kehendaknya.

“Mengikut pengalaman, saya pernah bekerjasama dengan ketiga tiga pelakon yang hebat ini. Saya tahu kemampuan mereka dan saya juga yakin dengan bakat lakonan yang mereka miliki.

“Untuk TERJERAT, saya bentuk kemampuan mereka untuk menzahirkan watak mengikut keperluan skrip dan akhirnya tidak sia sia kerana kami berjaya,” ujar Azmi.

Azmi turut menyifatkan Ruhainies sebagai pelakon wanita yang sangat fleksibel apabila digandingkan bersama dua pelakon lelaki iaitu Alif Aziz dan Fendy Bakry.

“Ruhainies sangat fleksibel apabila digandingkan dengan Alif dan Fendy Bakry . Selain itu, Alif dan Fendy Bakry juga banyak membantu antara satu sama lain bagi menepati kehendak saya bagi keperluan setiap babak bagi drama ini ,” ujar Azmi yang menganggap drama ini mempunyai pelbagai konflik yang matang selain berlatarbelakangkan kisah percintaan yang terlarang.

Selaku pengarah, Azmi juga mahu penonton tidak skeptikal atau menjatuhkan hukuman tentang TERJERAT hanya kerana kontroversi yang tercipta di antara Ruhainies dan Alif Aziz.

Hal itu lantaran TERJERAT Cinta bukan hanya berkisar tentang percintaan yang terlarang tetapi juga mempunyai pelbagai konflik yang matang.

“Drama ini juga mencungkil kelemahan dan khilaf individu yang bergelar manusia yang tak terlepas daripada berbuat kesalahan. Drama ini juga menuntut rasional penonton untuk menonton setiap episod bagi mengetahui kisah yang sebenar kerana perjalanan cerita atau plotnya tidak semudah yang disangkakan. 

Penonton juga perlu melihat hasil kerja yang saya dan barisan pelakon drama TERJERAT hidangkan bagi menilai selera dalam konteks genre yang berbeza,” ujar Azmi lagi.

Aziz Alif Sedia Promosi, Fendy Bakry Rayu Jangan TERJERAT Judi

Sebagai tunggak utama TERJERAT, Alif Aziz yang mencetuskan kontroversi sewaktu naskhah ini dalam pembikinan bersikap profesional terutama membabitkan kerja yang perlu dilunaskan sebagi TERJERAT sedia ditayangkan mulai 21 Jun 2024 ini.

Membawakan watak Faliq, Alif Aziz bersyukur kerana kepercayaan yang telah diberikan pihak iQIYI dan produksi TERJERAT dan sentiasa bersedia untuk mempromosikan naskhah ini buat penonton.

“⁠Terdapat banyak mesej yang terkandung sepanjang naskhah ini yang saya rasa dapat semua penonton ambil juga sebagai peringatan. Sebagai Faliq, kehidupan susah dan senang yang pernah dilaluinya sebelum ini telah membentu karakternya pada hari ini sehingga Faliq antaranya menjadi keras hati.

“Secara peribadi, saya merasakan ⁠TERJERAT merupakan satu naskhah yang menarik kerana ia mempunyai banyak plot twist yang will keep the ride exciting for the viewers, Insyaallah,” ujar Alif.

Fendy Bakry yang membawa watak Izham memegang tanggungjawab besar untuk menyampaikan mesej tentang kaki judi yang dijadikan alternatif mendapatkan duit dengan cara cepat dan terjadi dalam kalangan masyarakat di dalam TERJERAT.

“Besar harapan saya agar mesej yang disampaikan dalam TERJERAT dapat membantu atau menjadi teladan dalam kehidupan harian masyarakat kita.

“Hal ini kerana sebagai Izham yang memainkan watak kaki judi, perkara ini (judi) kerana segala jenis kejahatan yang serius seperti pembunuhan misalnya boleh bermula daripada sikap buruk berjudi.

“Walau sukar atau payahpun kehidupan dengan desakan ekonomi dan taraf hidup, jauhilah judi. Jika kita berfikir boleh mendapatkan wang mudah dengan berjudi tapi impak buruk menanti anda di kemudian hari.

“Jangan berjudi dan elakkan berjudi. Carilah sumber rezeki yang halal kerana kita mahukan keberkatan dalam institusi kekeluargaan. Usah hanya pandai menanam tebu di bibir sana tapi perlakuan kita kurang. Utamakan apa yang perlu diutamakan iaitu Allah dan InsyaAllah, Allah akan menjaga yang lainnya,” kata Fendy.

Bagi iQIYI pula tidak ada yang lebih besar daripada mengharapkan 12 episod TERJERAT dapat mencuri hati penonton menerusi lakonan hebat Alif Aziz, Ruhainies, Fendy Bakry bersama para pelakon lainnya kerana mesej besar yang dipaparkan di dalam naskhah Azmi Hatta ini.

Jangan lupa temujanji anda bersama drama TERJERAT bermula 21 Jun 2024, pada jam 9:00 malam (setiap Jumaat & Sabtu) di iQIYI. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button