Cerita ArtisHiburan

Dramatis Veteran Popular Aripah Damanhuri Disahkan Meninggal Dunia

Dramatis veteran popular, Aripah Damanhuri yang juga kakak kepada pelakon Normah Damanhuri telah disahkan meninggal dunia pada pagi ini.

Perkara berkenaan telah dimaklumkan sendiri oleh anak arwah, Nurpais Ismail yang memaklumkan mengenai pemergian ibu tercinta.

“Nak dimaklumkan mak Aripah Damanhuri baru sahaja meninggal pada pukul 8.15 pagi tadi kat HKL. Jenazah masih lagi berada di wad dan insya-Allah urusan mandi dan kafan akan dilakukan kat HKL.

“Kemudian kita akan bawa jenazah pergi ke Surau at-Tarbiah, Taman Melewar untuk urusan solat dan jenazah akan dikebumikan di area Taman Batu Muda,” jelasnya.

Pada 11 Mei lalu, Normah memaklumkan bahawa keadaan arwah kakaknya itu agak membimbangkan setelah dimasukkan ke ICU untuk menerima rawatan jangkitan kuman dalam paru-paru.

Sebelum itu, pada 23 April lalu, Aripah Damanhuri, 73, dimasukkan ke HKL kerana paras oksigen menurun dan terpaksa ditidurkan selepas disyaki mendapat jangkitan kuman dalam paru-paru. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button