Cerita ArtisHiburan

Dua Amir Tersungkur Di Pentas Semi Final

Impian Amir Jahari dan Amir Masdi untuk melangkah ke pentas final Akademi Fantasia Megastar (AF Megastar) terkubur apabila nama mereka diumumkan sebagai dua peserta yang tersingkir pada konsert separuh akhir, semalam.

Dengan penyingkiran mereka telah melayakkan Idayu, Bob, Marsha, Syamel dan Shahir mara ke konsert final yang akan berlangsung minggu hadapan.

Marsha, Syamel, Bob, Idayu dan Shahir mara ke peringkat akhir Akademi Fantasia Megastar.

Konsert saingan separuh akhir itu diadili tiga juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Syafinaz Selamat dan Datuk M. Nasir.

Menerusi lagu duet, Amir Jahari atau Amir J menerbangkan vokalis kumpulan Samsons, Bams untuk menyanyikan lagu Kenangan Terindah. Selain itu lagu Sabar nyanyian asal Ismail Izzani menjadi pilihan Amir J untuk cabaran lagu carta hits.

Amir Masdi yang merupakan peserta termuda pula tampil dengan gandingan duet dengan Siti Nordiana menerusi lagu Dirgahayu dan Kullul Hubbi.

Format pengundian AF Megastar adalah 60 peratus daripada juri profesional dan 40 peratus menerusi undian peminat.

AF Megastar dihoskan Datuk Aznil Nawawi dan ia dipancarkan secara langsung dari Royal Theater, Shah Alam. – KopiPlanet.com

Kredit Foto:  Instagram Astro Gempak 

 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button