Cerita ArtisHiburan

“Dua Mangkuk Ni Memang Takkan Mengaku” – Rossa Sera Dedah Shuk Sahar Masih Keluar Dengan Skandal Lama?

Kisah mengenai bekas penyampai radio Shuk Sahar tentang hubungannya dengan seorang wanita dikenali sebagai Fara Salleh dilihat seperti belum ada kesudahannya.

Yang terbaharu, isteri Shuk yang dikenali sebagai Rossa Sera mendedahkan jawapannya kepada seorang netizen yang bertanyakan ternampak Shuk berjalan dengan seorang wanita baru-baru ini.

“Yee, siapa-siapa ada nampak tu bukan iolsss.

“Dua mangkuk ni memang takkan mengaku,” ujarnya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, ada seorang netizen mengatakan terlihat Shuk bersama seorang wanita bertudung menonton filem bersama-sama.

Bagaimanapun, Rossa menyatakan wanita yang dimaksudkan itu bukanlah dirinya apabila membalas jawapan tersebut.

Malah, isteri pelawak itu juga meminta supaya mana-mana pihak merakamkan video sekiranya ternampak Shuk berjalan dengan wanita berkenaan.

“Lain kali korang ambil gambar dan video dorang kalau nampak, so dorang takleh acah-acah victim,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
2
+1
9
+1
2
+1
6
+1
17

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button