Cerita ArtisHiburan

Dua Penyanyi Baharu Diberi Peluang Nyanyi OST Perempuan Tanpa Dosa

Pencarian penyanyi untuk lagu tema drama Perempuan Tanpa Dosa terjawab apabila pengarah drama tersebut, Michael Ang akhirnya berjaya menemui dua penyanyi baharu yang dilihat berpotensi besar untuk menyinar dalam industri nyanyian tempatan.

Daripada lebih 100 penyertaan yang dihantar hanya 15 orang terpilih untuk diujibakat oleh pihak Indigital Music sebelum tuah akhirnya menyebelahi Aliff Iskandar, 20, dan Syahmi Irfan, 19.

Lagu Perit yang dinyanyikan oleh Aliff Iskandar manakala single Mungkir yang dilantunkan oleh Syahmi Irfan pula pertama kali diperdengarkan menerusi drama tersebut yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis di Astro Ria.

“Karya tersebut memang lagu asal ciptaan Aliff Iskandar dan kita beri Iman Imran untuk menulis lirik berdasarkan kisah tersebut. Saya gembira kerana terlibat sama dalam proses awal sehinggalah lagu ini dikeluarkan secara rasmi.

“Setidaknya saya dapat cungkil bakat baharu dengan karya-karya yang lebih segar dan baharu. Kita ada ramai orang yang hebat tetapi mereka tidak ada ruang. Kita beri mereka peluang untuk membuktikan potensi diri,” kata Michael.

Syahmi Irfan yang merupakan bekas pemain badminton negara ini tidak tampil keseorangan dalam single Mungkir sebaliknya dia turut berkolaborasi bersama Aufa Hanie yang popular dengan menyanyikan lagu ‘cover’ di Youtube.

Drama Perempuan Tanpa Dosa yang menggandingkan Kamal Adli, Uqasha Senrose dan Uyaina Arshad itu merupakan adaptasi daripada novel Perempuan Tanpa Dosa karya Fatinilam Sari Ahmad.

Naskhah itu juga telah menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Kuantan dan Cherating, Pahang. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
2
+1
2
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button