Cerita ArtisHiburan

Duduk Terlalu Lama Depan Komputer, Saraf Tunjang Naz Rahman Terpaksa Dibedah

Hos program Jalan Jalan Cari Makan, Nazrudin Habibur Rahman, 42, menyifatkan pengalaman dibedah di bahagian leher sekitar Mac lalu memberi pengajaran kepadanya untuk sentiasa peka dalam menjaga kesihatan.

Menurut bapa kepada tiga cahaya mata itu, insiden yang membuatkan dia tergerak untuk mendapatkan pemeriksaan doktor selepas tangannya tiba-tiba kejang ketika memegang mikrofon sehingga menyebabkan objek itu tercampak daripada tangannya.

Selepas melalui pemeriksaan, doktor berkata dia menghidap penyakit yang sering masyarakat moden masa kini iaitu saraf tunjang termampat akibat perbuatan duduk terlalu lama di hadapan komputer.

“Alhamdulillah saya kini sedang menjalani fisioterapi dan sebenarnya saya masih lemah walaupun sudah beberapa bulan pembedahan dijalankan.

“Prosedur itu membabitkan pemotongan pada bahagian hadapan leher saya untuk mengeluarkan tulang belakang. Doktor kikis dan kemudian letakkan semula.. dengar macam takut tapi mujurlah saya tak sedarkan diri (dibius) ketika itu,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Nazrudin atau lebih mesra disapa Naz turut megingatkan orang ramai di luar sana untuk sentiasa menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala selain mengambil langkah pencegahan agar apa yang terjadi kepadanya tidak berlaku terhadap orang lain.

“Sebelum ini saya ingat lenguh-lenguh itu perkara biasa, saya cuma pergi urut. Tapi bila buat pemeriksaan doktor, doktor beritahu penyakit itu sudah berlarutan sejak 15 tahun lalu tanpa saya sedari.

“Penyakit yang saya hidapi ini sebenarnya berpunca daripada saraf tunjang yang telah merebak ke bahagian tangan. Jika tidak dibedah ia akan menjejaskan fungsi lain separuh daripada badan saya hingga ke kaki.

“Ia sebenarnya penyakit moden, kita kan sekarang duduk lama sangat di hadapan skrin komputer buat kerja, main game dan menggunakan telefon pintar. Saya banyak habiskan masa depan komputer edit video kerja saya dan itulah punca bagaimanapun saraf tunjang saya termampat.

“Saraf itu terkepit dan lama-kelamaan ia menjadi semakin kecil. Untuk langkah pencegahan, berhenti rehat sekejap bagi setiap 45 minit dan regangkan badan anda ketika bekerja,” ujarnya.

> Baca: Aaron Aziz Dedah Pusat Tahfiz Miliknya Di Langkawi Dirobohkan

Susulan pembedahan tersebut, Naz kini perlu menjalani rawatan fisioterapi di bawah pemantauan pegawai kesihatan selama setahun setengah.

Untuk makluman, Naz berkahwin dengan bekas penyampai berita, Sheahnee Iman Lee pada 2008 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga anak iaitu, Zara Aaliyah, Zakry Aiman dan Zayd Aaqil.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button