Cerita ArtisHiburan

“Duk Diam-Diam Pun Kena” – Mula Demam Sejak Empat Hari Lalu, Ashira GV7 Disahkan Positif Covid-19

Pemenang tempat ke-7 Gegar Vaganza 7 (GV7), Ashira memaklumkan bahawa dirinya kini telah disahkan positif Covid-19.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh penyanyi berkenaan menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya.

“Salam semua saya positive duk diam-diam pun kena. Doakan saya diberi kesembuhan.

“Doakan Bad, anak saya dan anak buah saya tidak dijangkiti. terima kasih,” ujarnya.

Menerusi Insta Story miliknya, penyanyi itu memberitahu dia mula mengalami tekak gatal, batuk kering dan sakit dada serta mengalami demam sejak empat hari lalu.

“Malam tadi sesak nafas sebab hidung dua-dua belah block demam empat hari akhirnya positif,” ujarnya.

Baru-baru ini, Ashira juga memaklumkan bahawa bapanya, Syed Abdul Aziz Syed Alwi dan ibu tirinya, Norma Ariffin turut disahkan positif Covid-19. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button