AdvetorialKongsi

Dynas Mokhtar Kongsi Rahsia Penjagaan Rambut, Kini Tampil Dengan Produk Wellsen X Dynas

Pelakon dan pengacara popular, Dynas Mokhtar mendedahkan mengenai rahsia rambutnya yang sihat dan cantik.

Dynas berkata, sebelum ini dia sering berhadapan isu kelumumur dan keguguran rambut setiap kali hamil sehinggalah masalah itu diatasi dengan penggunaan produk berasaskan Aqua Cell.

“Perubahan hormon, stres dan salah pengambilan produk antara masalah yang menyebabkan keguguran rambut, apatah lagi jika rambut sering diwarnakan sehingga ia rosak dan kering.

“Kemudian saya tercari-cari produk penjagaan rambut yang sesuai sehinggalah menemui sebuah salun rambut terkenal, Wellsen. Mulai saat itu saya banyak belajar ilmu mengenai penjagaan rambut, termasuklah kepentingan bahan Aqua Cell yang boleh mengekalkan kelembapan kulit kepala dan menghalang kulit kepala daripada kering.

“Selain itu, saya juga mementingkan bahan organik dan mesra vegan atau tidak mengandungi bahan atau ujian pada haiwan dalam kandungan dalam produk penjagaan rambut,” jelasnya.

Dynas berkata demikian sewaktu Majlis Pelancaran Produk Baharu Wellsen X Dynas yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif WeGlobe Marketing Sdn Bhd, Seng Sin Mon, di Wanra Cafe, Bukit Jelutong baru-baru ini.

Jelasnya, sehubungan itu dia dan Wellsen bersetuju untuk menghasilkan syampu Wellsen X Dynas yang berasaskan Aqua Cell serta bahan organik untuk menyelesaikan masalah rambut rosak dan gugur.

“Saya sudah gunakan syampu ini lebih setahun sebelum setuju untuk melancarkannya kepada umum kerana sebelum beri orang guna, kita perlu melihat sendiri hasil pada tubuh kita,” katanya.

Jelasnya, kandungan istimewa AQUAXYL™️ bagi set syampu Wellsen X Dynas yang dikilang dan diedarkan oleh WeGlobe Marketing Sdn Bhd itu telah dipatenkan hak milik kerana fungsinya yang tersendiri dan menakjubkan.

Menurutnya lagi, AQUAXYL™️ Shampoo & Hair Mask akan membuatkan rambut, kulit kepala kekal segar, lembap selama 48 jam, dan kurangkan rambut gugur.

“Istimewanya produk ini kerana formula yang kita gunakan tidak ada bahan seperti paraben, silikon, SLS dan SLES (Sodium Lauryl Sulfate) dan (Sodium Lauryl Ether Sulfate).

“Selain daripada tiada bahan kimia ini, produk ini juga ‘vegan friendly’ sebab kita tak guna ‘animal derived ingredients. So don’t worry!’,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button