Cerita ArtisHiburan

Ebby Yus Perlukan RM38,000 Untuk Tanggung Kos Pasang Bateri Pada Jantung

Pelakon dan pelawak veteran popular, Ebby Yus memaklumkan dia perlu mendapatkan dana berjumlah sebanyak RM38,000 bagi menjalani prosedur memasang bateri jantungnya.

Menerusi laporan portal Berita Harian Online, Ebby berkata, dia bersedia untuk mengumpulkan sejumlah wang tersebut dengan cara apa sekalipun.

“Saya perlu mencari lagi sekitar antara RM15,000 hingga RM20,000 untuk alatan sahaja. Itu belum termasuk ubatan dan wad.

“Kalau doktor kata perlu juga jalani prosedur, saya akan cuba usaha untuk kumpulkan sikit-sikit,” katanya.

Ebby berkata, dia akan cuba mendapatkan dana daripada hospital, namun pihak hospital tidak akan menanggung sepenuhnya kos terbabit.

Sementara itu, pelakon itu memberitahu kekuatan jantungnya hanya tinggal 26 peratus berdasarkan keputusan pemeriksaan kesihatan terakhir beberapa bulan lalu.

Ekoran kemerosotan keadaan kesihatan yang sedang dilaluinya itu, doktor menayarankan untuk memasang bateri pada jantung.

“Berdasarkan pemeriksaan kesihatan sebelum ini, doktor memang ada menyarankan supaya menjalani prosedur pemasangan bateri.

“Keputusan sama ada perlu jalani prosedur hanya akan diketahui pada bulan hadapan. Sebelum ini, saya ada jalani rawatan alternatif dan memang rasa ada perubahan kerana sudah boleh naik tangga,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Kredit artikel & gambar: Berita Harian Online

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button