Cerita ArtisHiburan

Ebit Lew Block Caprice Di Instagram… Luahan Caprice Cetus Tanda Tanya Apa Sebenarnya Yang Berlaku

Pendedahan penyanyi Caprice di Insta Story miliknya telah mencetuskan tanda tanya ramai pihak.

Antara yang didedahkan adalah apabila Ustaz Ebit Lew telah menyekatnya di Instagram.

Selain itu, turut didedahkan adalah mesej, di mana Caprice telah menghantar satu mesej yang agak panjang kepada Ebit Lew.

Antara kandungan mesej berkenaan adalah tegurannya terhadap Ebit Lew yang hanya memberi tumpuan kepada budak miskin serta memberi makanan serta duit ketika berada di Palestin.

Menurut Caprice, tindakan tersebut ternyata kurang disenangi oleh beberapa pihak di sana.

Jelasnya, sebelum ini hubungannya dengan Ebit Lew cukup baik dan menyatakan ada individu yang cuba mengeruhkan hubungan mereka berdua.

Pada masa sama, penyanyi itu juga akan membuat pendedahan menerusi IG Live pada 21 Julai ini pada pukul 9.00 malam.

Caprice berkata, apa yang didedahkan itu hanya 10 peratus sahaja dan selebihnya pendedahan yang dibuat nanti berkaitan apa yang berlaku dalam misinya di Gaza. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
4
+1
1
+1
3
+1
2
+1
14
+1
25
+1
6

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button