HiburanSelebriti

Ebit Lew Kini Berada Gaza Palestin, Pasukannya Jadi Yang Pertama Dibenarkan Masuk Melalui Pintu Rafah

Pendakwah bebas popular, Ebit Lew menyatakan dia kini sudah berjaya masuk ke Gaza, Palestin dalam usahanya menggerakkan misi kemanusiaan.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, dia dan pasukannya menjadi kumpulan pertama telah dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang baru-baru ini.

“Syukur pada Allah Team kami berada di Gaza Palestin. Kami masuk diiringi Tentera Mesir dgn kereta berperisai sepanjang perjalanan.

“Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir kami team pertama yg dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru ini,” ujarnya.

Pada masa sama, Ebit turut berterima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussen yang banyak membantu melancarkan urusan berkenaan.

Terima kasih teramat sangat pada Dato Seri Hishammuddin Hussein @HishammuddinH2O yang dari mula membantu team kami. Setiap hari kami bermesej. Dato Seri call kementerian luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus. Katanya, ustaz jaga team kita ye.

“Terima kasih DYAM @HRHJohorII TMJ yang sangat banyak membantu dan turut menyumbang bersama. Terima kasih selalu bertanya khabar. Terima kasih juga kepada YAB PM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghubungi Presiden Mesir dengan menyebut tentang misi kami,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button