Cerita ArtisHiburan

Ebit Lew Sekat Caprice Di Instagram, Sedih Sampai Lontarkan Telefon Gara-Gara Melawat Arwah Ayahnya Di Hospital Dipersoalkan Caprice

Ustaz Ebit Lew mendedahkan bahawa dia telah bertindak menyekat Caprice di Instagram kerana kebenaran yang diperolehinya untuk melawat arwah ayahnya yang ketika itu mendapat rawatan di hospital telah dipertikaikan penyanyi berkenaan.

Ebit berkata, Caprice telah mempersoalkan bagaimana dia boleh dapat menziarahi arwah bapanya ketika itu, sedangkan orang lain tidak boleh berbuat demikian.

“Ketika itu ayah saya sakit dan doktor mengatakan tinggal 10 hari. Saya sayang ayah saya dan dia yang suruh teruskan perjuangan. Ketika ziarah ayah, saya dua kali buat ujian swab. Keputusannya negatif dan KKM bagi kebenaran. Saya mohon kebenaran untuk melawat dan lulus.

“Kemudian dia (Caprice) mesej saya panjang, persoalkan macam mana saya dapat melawat, sedangkan orang lain tak dapat. Sampaikan saya lontarkan telefon sebab saya sedih. Saya dah penat dan saya anggap ia melampau,” luahnya.

Ebit berkata, seharusnya segala mesej menerusi What’s App tidak seharusnya didedahkan kepada umum.

Dalam pada itu, mengenai tuduhan Caprice yang mengatakan dia telah mencium kaki seorang Menteri ketika di Mesir, Ebit Lew menegaskan ia adalah fitnah semata-mata.

Jelasnya, Menteri yang dimaksukan bernama Dr. Mahmood itu seorang individu yang sangat baik.

“Sembah sujud, cium kaki, fitnah yang sangat melampau. Menteri berkenaan iaitu Dr Mahmood memang dia raikan sesiapa yang datang. Baginya, bumi Palestin adalah milik semua orang dalam dunia. 

“Beliau (Dr. Mahmood) ada datang ke bilik hotel saya dah mengucapkan terima kasih. Bagi beliau sesiapa sahaja yang datang harus diraikan,” ujarnya.

Ebit Lew berkata, dia mendengar Caprice berada dalam keadaan tekanan memandangkan hasratnya untuk masuk ke Gaza masih tidak kesampaian. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
4
+1
1
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button