AntarabangsaHollywood

Ed Sheeran Akui Teruja Dah Setahun Tak Sentuh Rokok

Penyanyi Ed Sheeran berkongsikan perasaan terujanya apabila sudah setahun tidak menghisap rokok. Ed mengambil keputusan untuk berhenti merokok kerana ingin mengamalkan gaya hidup sihat sejak Mei tahun lalu.

Bagi meraikan hari ‘kemenangannya’ itu Ed berkongsikan satu gambar kepada lebih 22 juta pengikutnya beserta kapsyen, “Meraikan setahun sudah tidak menghisap rokok.”

Peminat pelantun lagu Shape Of You ini berpusu-pusu meninggalkan komen di entri tersebut yang mana mereka sangat berbangga dengan usaha penyanyi itu yang cuba untuk mengamalkan gaya hidup sihat selain menjadi contoh yang baik buat peminat setianya.

“Tahniah, kami sangat berbangga dengan awak. Saya tahu ia sangat sukar untuk berhenti merokok. Saya pun dah lima tahun bebas daripada merokok. Teruskan usaha, Ed!”

“Hidup sangat bernilai, jangan rosakkan paru-paru dengan merokok. Syabas Ed,” tulis peminatnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button