
Ed Sheeran Bakal Bintangi Filem Arahan Danny Boyle
Penyanyi Ed Sheeran bakal menggembangkan kerjayanya sebagai seorang pelakon apabila dipilih membintangi filem arahan Danny Boyle.
Danny sebelum ini pernah mengarahkan pelbagai filem pecah panggung sepert127 Hours, Slumdog Millionaire dan Steve Jobs.
Walaupun pernah berlakon menerusi watak cameo dalam filem Bridget Jones’s Diary, peluang membintangi filem Danny disifatkan satu pengalaman baharu yang cukup menarik untuk diterokai Ed.
Filem yang masih belum diberi judul itu mengisahkan kehidupan Ed yang membayangkan kehidupannya tanpa kemunculan kumpulan muzik lagenda The Beatles.
“Saya tidak berasa tertekan untuk melakonkan watak ini kerana ia merupakan watak tentang diri sebenar saya, Ed Sheeran seorang penyanyi. Produksi banyak rekod konsert sebenar saya yang akan digunakan sebahagian daripada babak daripada filem itu,” katanya.
Filem itu dijangka ditayangkan pada bulan September 2019. – KopiPlanet.com