AntarabangsaHollywood

Ed Sheeran Diiktiraf Artis Sepanjang Dekad United Kingdom

Menghampiri penghujung 2019, penyanyi dan komposer Ed Sheeran telah dinobatkan sebagai Artis Sepanjang Dekad United Kingdom (UK) berikutan kejayaan cemerlang dalam bidang muzik sejak 10 tahun lalu.

Lagu hitsnya, Shape Of You menguasai carta selama 14 minggu berturut-turut pada 2017 yang mana lagu itu turut dimahkotakan sebagai Lagu Sepanjang Dekad.

Berada di tempat kedua ialah lagu Uptown Funk nyanyian Bruno Mars manakala dua lagu lagu dendangan Ed iaitu Thinking Out Loud dan Perfect turut tersenarai dalam ‘top 10’ Lagu Paling Digemari Sepanjang Dekad.

Sebelum ini, pencapaian terbaik itu pernah digapai oleh Sir Paul McCartney dan Justin Bieber.

Ed, 28, menyertai dunia seni dengan single pengenalan The A Team pada 2011 dan sejak itu dia mendaki puncak populariti apabila lapan lagu nyanyiannya pernah menguasai carta muzik UK malah empat albumnya juga merupakan antara yang terlaris di pasaran sepanjang sedekad ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button