AntarabangsaHollywood

Ed Sheeran Selebriti Britain Paling Kaya Bawah Usia 30 Tahun

Penyanyi Ed Sheeran telah dinamakan sebagai selebriti Britain berusia 30 tahun dan ke bawah paling kaya tahun ini dengan nilai kekayaan mencecah £170 juta (RM914 juta).

Nilai asetnya itu bertambah dua kali ganda daripada tahun lalu dan dengan kedudukan itu, Ed telah berjaya mengalahkan Adele yang sebelum ini mengungguli carta tersebut tahun lepas.

Tahun ini Adele tidak tersenarai kerana usianya sudah mencecah 31 tahun pada Mei lalu. Tahun lepas, Adele telah berjaya mengumpul sebanyak £147.5 juta (RM794 juta).

Pelakon Harry Porter, Daniel Radcliffe pula berada di tempat kedua dengan nilai aset dianggarkan sebanyak £90 juta (RM484 juta) sementara ahli kumpulan One Direction, Harry Styles pula di kedudukan ketiga dengan nilai kekayaan sebanyak £64 juta (RM344 juta).

Model dan pelakon Cara Delevigne,Niall Horan, Louis Tomlinson, Liam Payne, Zayn Malik serta kumpulan Little Mix juga berada di kedudukan ‘top 10’ carta tersebut.

Majalah Heat yang mengendalikan carta itu menilai nilai kekayaan selebriti tersebut dengan mengukur jumlah jualan serta pengiklanan yang diraih artis-artis tersebut sepanjang tahun ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button