Cerita ArtisHiburan

Elak Angin Masuk Dalam Pesawat, Amy Mastura Bertindak Tutup Lubang Dengan Tisu Basah

Umum mengetahui sebelum bergelar penyanyi dan pelakon, Amy Mastura adalah seorang pramugari bersama Malaysia Airline System (MAS) sekitar 90-an.

Dalam satu sesi wawancara bersama Zarul Umbrella, Amy telah berkongsi pengalaman lucu sewaktu bergelar pramugari dahulu.

Antara yang dikongsikan adalah sewaktu menaiki pesawat Foker 27, dia terpaksa menutup lubang dengan tisu basah.

“Dulu, Fokker 27, masa di udara, angin masuk tau. Kita ingat lagi bunyi suhhhhhhhh…

“So kita kena ambil tisu, basahkan, tutup lubang-lubang… ok dah selamat,” ujarnya sambil tertawa.

Dalam pada itu, Amy juga mendedahkan bahawa syarikat penerbangan pertama yang dia menjalani temuduga adalah Singapore Airlines.

“Bukan sebab nak travel atau pakai kebaya, tetap sebab tengok iklan di surat khabar. Tapi mula-mula saya pergi Singapore Airlines.

“Saya pun pergilah Singapore Airlines punya interview, ternyata saya tak dapat sebab tak cukup tinggi. Tak sempat interview pun, lepas ukur ketinggian lepas tu balik,” ujarnya.

Mula berputus asa untuk menjadi seorang pramugari, dia menyatakan mendapat surat secara personal daripada MAS untuk sesi temuduga.

“Saya pun tak tahu macam mana, agaknya mereka (MAS) dapat nama-nama yang datang interview Singapore Airlines.

“Kemudian saya datang interview di Ipoh dan dapat. Saya percaya kalau rezeki, perjalanan itu smooth,” jelasnya.

Video penuh wawancara tersebut boleh ditontoj di saluran YouTube Zarul Umbrella. – KopiPlanet.com

Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
1
+1
6
+1
0
+1
6
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button