HiburanSelebriti

Elak Timbulkan Kontroversi, Aliff Syukri Enggan Dedahkan Penyakit Yang Sedang Dialaminya

Usahawan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri enggan mendedahkan penyakit yang sedang dialaminya kepada orang ramai.

Menjawab pertanyaan seorang netizen di Insta Story, beliau berbuat demikian kerana enggan dikatakan sengaja menimbulkan kontroversi.

“Awak rasa saya sakit apa kalau saya bagitahu nanti orang kata saya buat kontroversi.

“Kalau saya tak bagitau orang tertanya-tanya saya konfius awak-awak saya kompius,” ujarnya.

Sebelum ini, usahawan berkenaan yang baru sahaja pulang bercuti di Turki memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan beliau sedang menjalani rawatan.

Namun begitu, beliau tidak memaklumkan mengenai penyakit yang dihadapi sehingga menimbulkan pertanyaan ramai pihak.

“Assalamualaikum mohon doakan saya kuatkan tabah dan dipermudahkan menghadapi dugaan ini semoga Allah sentiasa bersama saya dan keluarga saya abah sayang dgn korang semua,” tulisnya di ruangan caption.

Dalam pada itu, rakan-rakan serta peminat Aliff turut menitipkan doa semoga beliau segera sembuh. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button