Cerita ArtisHiburan

Elizabeth Tan Akhirnya Mengaku Sudah Berkahwin, Majlis Dibuat Secara Kecil-Kecilan Untuk Patuhi SOP

Penyanyi popular, Elizabeth Tan akhirnya telah mengakui bahawa dirinya memang sudah berumah tangga semalam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Elizabeth Tan atau lebih dikenali sebagai Lizzy ingin memohon maaf kepada semua kerana berita tentang perkahwinannya telah ‘viral’ sebelum dia sempat mengeluarkan kenyataannya sendiri. 

“Ini merupakan sedikit penjelasan daripada Lizzy, Lizzy memang plan nak announce pada semua bila Lizzy dah ready. Lizzy ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan Lizzy kerana pada Lizzy, ini adalah isu kecil sahaja.

“Gambar dan video yang telah tersebar yang menyatakan Lizzy sudah berkahwin adalah benar. Majlis semalam adalah sangat intimate dan kecil sebagai langkah mematuhi SOP dan hanya dihadiri oleh 10 orang tetamu yang merupakan ahli keluarga dan kenalan rapat Lizzy sahaja,”ujarnya.

Sebelum ini, gambar dan video perkahwinan penyanyi berkenaan telah tersebar sehingga ia mengejutkan ramai pihak.

Dalam pada itu, Lizzy berharap agar semua pihak dapat menghormati keputusan yang telah dibuatnya.

“Perkahwinan ini adalah satu perkara yang sangat peribadi untuk Lizzy. Lizzy ingin memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media. 

“Pada Lizzy, memilih untuk berkahwin ini tidak mengubah apa apa. Lizzy masih Lizzy yang sama. Dan Lizzy harap semua dapat terima dan hormat keputusan Lizzy,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
3
+1
0
+1
1
+1
2
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button