Elizad Sempat Merasa Hamil Seminggu Sebelum Alami Keguguran
Pelakon Siti Elizad Sharifuddin menerusi laman Instagramnya mendedahkan dia mengalami keguguran seminggu selepas dimaklumkan hamil oleh pihak hospital.
Menerusi perkongsiannya itu, Elizad, 36, berkata dia reda dengan ketentuan itu dan tidak akan sesekali berputus asa untuk menimang cahaya mata sendiri.
“Allah bagi rasa nikmat jadi ibu tu minggu lepas tapi Dia ambil balik. Terjentik sungguh rasa itu. Dimaklumkan hamil minggu lepas, MasyaAllah dia punya happy tak tau nak kata sebab dah lama menanti tapi kandungan tak kuat dan bleeding. Tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana. Terduduk seketika.
“Tak mengapa, InsyaAllah ada rezeki lain. Husnozon, bersangka baik. Saya tidak akan berputus asa. Saya akan kekal positif dan sentiasa berdoa dikurniakan rezeki anak,” luahnya yang menjalani sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) pada 21 Oktober lalu.
Menerusi entri itu juga, Elizad berkata dia akan sekali lagi menjalani sesi rawatan IVF pada Januari depan.
Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015 dengan majlis perkahwinan itu dilangsungkan secara tertutup dengan kehadiran ahli keluarga terdekat sahaja. – KopiPlanet.com