Cerita ArtisHiburan

Ella Pecah Rekod Sendiri, Tampilkan 200 Pemuzik Tempatan

Bersempena dengan acara sidang akhbar konsert Ella Unplugged In KL, Ella memecahkan rekod dengan menampilkan 200 pemuzik tempatan yang membuat persembahan, sekali gus tercatat dalam Malaysia Book Of Record.

Ella berkata, ia memecahkan rekodnya sendiri yang sebelum ini menampilkan 100 pemuzik dalam sebuah acara sidang akhbar pada tahun 2016.

“Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak yang terlibat dalam sidang akhbar kedua konsert ini.

“Bagi saya langkah sebegini adalah satu langkah yang bagus dan memberi manfaat untuk mempromosikan konsert yang akan akan berlangsung tidak lama lagi,” ujarnya yang mendapat kerjasama daripada pelajar Fakulti Muzik Aswara untuk menjayakan rekod berkenaan.

Konsert Ella Unplugged In KL akan berlangsung selama tiga hari pada 29-31 Mac ini di Istana Budaya menerusi tiga segmen.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai persiapan menjelang konsert, Ella memberitahu semuanya berjalan dengan lancar, di samping agak sibuk membuat persiapan.

“Kalau ditanya tentang persiapan, apa yang boleh saya katakan bahawa setakat ini ia sudah mencapai tahap 55 peratus.

“Selain itu, saya akan persembahkan lebih 20 buah lagu dan kesemua lagu-lagu yang akan ditampilkan nanti sudah ditetapkan,” ujarnya.

Tiket-tiket untuk menyaksikan konsert berharga RM179, RM189, RM209, RM289, RM419 dan RM519 masih lagi boleh dibeli melalui Pro Ticket dengan melayari www.proticket.com.my. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button