Cerita ArtisHiburan

Ellie Suriaty Sahkan Dua Orang Anaknya Yang Buat Laporan Polis Untuk Tolak Ambil Vaksin

Pelakon dan pengarah popular, Ellie Suriaty Omar mengesahkan bahawa dua orang anaknya iaitu Azrell Omar Iskandar dan Nur Azreen yang telah membuat laporan polis untuk menolak pengambilan vaksin.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Ellie menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya.

“Ya mereka anak saya, Azrell Omar Iskandar 17 tahun dan Nur Azreen 12 tahun bersama seorang sahabat mereka Hanif 17 tahun telah membuat report polis sebagai covering report berkenaan hak individu untuk menolak vaksin experimental covid19 ke atas pelajar sekolah berumur antara 12 – 17 tahun. Tarikh 30 Ogos 2021 jam 2.30 petang. 

“Merdeka 31 Ogos 2021. Saya mendidik anak – anak supaya berani menghadapi hidup. Jangan takut dengan Fitnah Akhir Zaman. Nilai kehidupan tidak boleh di beli dengan tawaran sepotong roti atau segunung emas. Tauhid. Harapan hanya Pada ALLAH SWT,” tulisnya.

Sebelum ini, media melaporkan dua remaja lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan telah membuat laporan polis bagi menyatakan hak mereka untuk menolak suntikan vaksin COVID-19 yang mahu dilaksanakan kerajaan terhadap pelajar sekolah.

Seorang remaja terbabit yang berusia 17 tahun, berkata dia memutuskan untuk membuat laporan polis itu kerana tidak mahu mengambil vaksin atas alasan bimbang berlaku perkara tidak diingini terhadap dirinya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
1
+1
1
+1
1
+1
2
+1
7

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button