
Elly Mazlein Selamat Lahirkan Cahaya Mata Lelaki, Pilih Nama Haider Mateen
Pengacara dan penyanyi popular Elly Mazlein telah melahirkan seorang cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan semalam.
Elly atau lebih sinonim dengan panggilan
Kak Lina Pom Pom menerusi satu perkongsian di Instagram menyatakan proses bersalin berjalan dengan lancar.
“Assalamualaikum… Alhamdulillah Kak Pom selamat bersalin pukul 12.23 pagi, Sabtu.
“Dengan ini Kak Lina nak memperkenalkan anak kedua… Haider Mateen Bin Mohamad Azlan. Assalamualaikum Haider… welcome to the world our little bundle of joy.
“Terima kasih doktor dan jururawat yang memberikan layanan hebat, rasa terharu malam tadi… suami, umi dan jururawat bacakan Surah Yasin bagi ayat mudahkan bersalin.
“Memang Allah permudahkan, syukur cepat sahaja Haider nak jumpa papa dan mama… sangat sekejap,” ujarnya.
Elly berkahwin dengan Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.
Hasil perkahwinan itu Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun. – KopiPlanet.com