Cerita ArtisHiburan

Elvina Mohamad Dedah Ada Gadis Cuba Ganggu Suaminya

Pelakon Datin Elvina Mohamad mendedahkan bahawa suaminya, Datuk Hanif Borhan yang merupakan seorang ahli perniagaan kini telah diganggu oleh seorang gadis.

Pelakon yang mula membuat kemunculan menerusi drama Baby Ana Milik Siapa? itu membuat pendedahan menerusi Insta Story miliknya berserta dengan nama dan gambar gadis berkenaan.

“Girl. Dah tak ada lelaki bujang dah ke sampai nak kacau husband orang @fifyrazak. Memang taste laki orang ke macam mana @haniffborhann.

“Ohh paham. Memang suka jadi orang ketika,” luah Elvina menerusi Insta Story miliknya itu.

Usaha KopiPlanet.com untuk melihat Instagram gadis berkenaan tidak berjaya apabila akaunnya diletakkan dalam status peribadi.

Elvina dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 18 Mac yang lalu dan kini pasangan tersebut kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 1 Disember lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button