FilemTerkini

Empat Hari Tayangan, Kampung Pisang Musikal Raya Istimewa Berjaya Raih Kutipan RM1 Juta

Filem terbitan Astro Shaw dan produksi Enjit-Enjit Semut iaitu Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa ternyata mendapat sambutan hangat apabila berjaya meraih kutipan melebihi RM1 juta dalam tempoh 4 hari tayangan di Astro First.

Ini secara tidak langsung mengulangi kejayaan filem francais Kampong Pisang yang menemui penonton pada bulan Ramadhan lalu, iaitu 18 Puasa Di Kampong Pisang. 

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad
berkata, selepas kejayaan demi kejayaan tercetus daripada francias berkenaan, ia mendorong pihaknya untuk terus persembahkan lebih banyak filem yang dilihat berpotensi sebagai karya terbaik.

“Kami yakin dengan adanya karya yang berkualiti dan menepati cita rasa penonton seperti filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa, ia akan terus memperkukuhkan kepercayaan penonton terhadap kualiti filem tempatan.

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penonton
yang telah memberikan sokongan serta reaksi positif pada filem ini dan berharap agar mereka di luar sana yang masih belum menyaksikannya, tidak melepaskan peluang menonton karya istimewa daripada
francais Kampong Pisang yang berkonsepkan muzikal,” jelasnya.

Ujar beliau, pihaknya juga percaya filem tersebut dapat menghiburkan
dan memberi semangat kepada penonton dengan jenaka serta lagu-lagu yang boleh dinyanyikan bersama.

“Sejajar dengan seruan kerajaan dan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sekarang ini, kami juga harap filem-filem dengan pelbagai genre seperti komedi, seram, romantik di Astro First mampu sedikit sebanyak mengajak penonton kekal berada di rumah,” ujarnya.

Sementara itu, pengarahnya iaitu Mamat Khalid menyatakan filemnya itu dilihat diterima oleh kebanyakan penonton.

“Pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Astro yang sentiasa meletakkan kepercayaan kepada saya untuk mengetengahkan karya-karya yang dihasilkan. 

“Sokongan padu daripada semua pihak ini menjadi penyuntik semangat untuk saya terus menghasilkan lebih banyak karya-karya berbeza dan menarik. Insyallah, nantikan di masa akan datang,” ujarnya.

Dalamp pada itu, filem 18 Puasa Di Kampong Pisang pula telah mencatat kutipan sebanyak RM5 juta sepanjang tujuh minggu tayangan di saluran Astro First. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button