Cerita ArtisHiburan

Empat Tahun Berkahwin, Aliff Aziz Akui Bukan Suami Sempurna

Sepanjang empat tahun melayari bahtera perkahwinan, ternyata banyak ujian yang telah dilalui oleh pasangan pelakon Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka, pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura itu telah membuat ucapan menerusi Instagram miliknya.

“Hari ini adalah ulang tahun keempat perkahwinan kita sayang. Kita telah mengenali selama tujuh tahun dan berhadapan dengan rintangan sepanjang bersama.

“Saya bukanlah seorang suami yang sempurna, namun Allah mengurniakann kita kekuatan untuk masih bersama. Dengan dua orang cahaya mata @aydenaadrean17 dan @araadreanna, saya doa agak pandemi ini akan segera berakhir dan bertemu dengan cinta hati saya. Saya cinta awak @bellaastillah,” tulisnya.

Aliff dan Bella telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sebelum ini, rumah tangga mereka telah dilanda badai sehingga mengambil keputusan untuk bercerai pada tahun lalu.

Namun, kedua-duanya kembali rujuk semula beberapa bulan setelah berpisah dan ia hanya diketahui umum apabila Bella hamil cahaya mata kedua. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button