AntarabangsaHollywood

Enrique Iglesias, Anna Kournikova Kongsi Gambar Anak Kembar

Seperti diketahui umum, penyanyi Enrique Iglesias merupakan salah seorang artis yang tidak terlalu gemar untuk mendedahkan kehidupan peribadinya.

Tanpa sebarang alasan kukuh, yang jelas penyanyi Latin itu selalu membuat peminat tertanya-tanya tentang kehidupannya dengan wanita pujaannya, Anna Kournikova yang merupakan seorang pemain tenis terkenal.

Mengulas tentang kehidupan kedua-duanya, Enrique dan Anna baru sahaja dikurniakan sepasang cahaya mata kembar pada 16 Disember lalu.

Pasangan yang dikhabarkan sudah bernikah itu kemudiannya sepakat untuk memberi nama kedua-dua buah hati mereka itu dengan nama Nicholas dan Lucy Iglesias.

Setelah sebulan kelahiran anak mereka, pasangan tersebut akhirnya membuat keputusan untuk mendedahkan gambar anak-anak mereka menerusi Instagram dan ini kali pertama mereka berbuat demikian.

Menerusi gambar yang dimuat naik, si bayi yang tidur di samping ayahnya dengan pakaian yang cukup menarik. Sambil Enrique pula meletakkan caption ‘Sinar Matahariku’ pada gambar berkenaan.

Dalam pada itu, Anna juga tidak ketinggalan berbuat demikian apabila turut memuat naik gambar bersama bayi dan meletakkan caption yang sama.

Bagaimanapun, dalam gambar yang dimuat naik itu, sama ada Enrique atau Anna, mereka tidak mendedahkan sama ada gambar tersebut bersama Nicholas atau Lucy. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button