
Ewan McGregor Bercerai Lepas 22 Tahun Kahwin
Pelakon Ewan McGregor dilaporkan bercerai dengan isterinya, Eve Mavrakis selepas 22 tahun hidup bersama.
Perpisahan mereka didakwa disebabkan khabar angin mengatakan Ewan kini sedang menjalinkan hubungan dengan heroin gandingannya dalam filem Fargo, Mary Elizabeth Winstead.
Ewan dipercayai mula berpisah dengan isterinya pada Mei lalu, bulan yang Mary menamatkan perkahwinannya dengan suaminya, Riley Stearns.
Spekulasi mengenai hubungan Ewan dan Mary dikatakan bermula apabila gambar mereka mesra berciuman tersebar baru-baru ini.
Namun begitu, ahli keluarga Ewan mengatakan aktor itu sebenarnya sudah lama berpisah dengan isterinya yang mana secara tidak langsung mengesahkan Ewan tidak berlaku curang terhadap isterinya.
Sebaliknya, hubungan mereka memang bermasalah sejak Mei lalu dan hanya baru-baru ini Ewan memfailkan tuntutan untuk bercerai.
Hasil perkahwinan, Ewan dan Eve mempunyai empat anak perempuan, Clara, 21, Jamyan, 16, Esther, 15, dan Anouk, 6.
Kali terakhir pasangan itu dilihat muncul bersama ialah ketika menghadiri majlis FX Network All Star Upfront, April lalu. – KopiPlanet.com