
EXID Bongkar Tak Suka Cara Pihak Pengurusan Uruskan Kerjaya
Kumpulan EXID menerusi satu rancangan hiburan, Weekly Idol mengakui mereka tidak suka dengan cara pihak pengurusan, Banana Culture menguruskan kerjaya seni mereka.
EXID yang terdiri daripada lima ahli kumpulan iaitu Solji, LE, Hani, Hyerin dan Jeonghwa ditubuhkan pada 2012.
Ketika ditanya oleh hos, adakah mereka berpuas hati dengan cara layanan pihak pengurusan dengan pantas Hyerin menjawab, “Tidak!”
Hyerin mendakwa agensi mereka gagal menyerlahkan bakat kesemuanya lima anggota tersebut sepanjang hampir tujuh tahun mereka berada dalam industri.
“Banyak benda setiap daripada kami boleh tawarkan kepada industri. Tapi kami sentiasa rasa kesal apabila agensi tidak mempergunakan bakat tersebut sepanjang kami berada dalam arena ini. Saya sangat kecewa dengan Banana Culture,” kata Hyerin mewakili kesemua rakan-rakannya. – KopiPlanet.com