Cerita ArtisHiburan

Ezad Lazim Akui Sakit Gerd Ganggu Perjalanan Karier Seni

Penyanyi Ezad Lazim mengakui penyakit Gastroesophageal Reflux (Gerd) yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu sedikit sebanyak menganggu perjalanan karier seninya.

Namun mengambil pendekatan positif, Ezad berkata dia enggan terlalu memikirkan tentang perkara itu sebaliknya cuba untuk menjalankan profesionnya sebagai seorang penyanyi dengan sebaik mungkin.

“Saya tak nafikan penyakit ini ada sedikit mengganggu kerjaya. Macam dua tahun lepas, saya tidak dapat pergi persembahan pentas dan kena batal saat akhir ketika penyakit menyerang.

“Tapi Alhamdulillah, tahun ini nampaknya penyakit Gerd saya semakin sembuh. Saya kena pantang makan pedas sebab Gerd ini macam sakit gastrik cuma dia lebih teruk lagi.

“Saya takut sebenarnya orang tak mahu ambil saya menyanyi sebab itu saya kena buktikan yang saya dah sembuh dengan baik,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Ezad ditemui pada majlis berbuka puasa artis-artis naungan Rusa Music & MVM Production di Hotel Royal, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketika ditanya tentang persiapan raya, Ezad berkata tahun ini dia akan beraya di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum kembali ke kampung halamannya di Kedah.

“Memandangkan tahun ini giliran isteri, kami akan beraya di ibu kota dulu, kalau tidak memang kami akan balik ke Kedah sebab kampung isteri pun di Kedah, tapi sekarang ibu mertua dah pindah Kuala Lumpur jadi kami beraya di sini dahulu sebelum balik Kedah.

“Untuk sambutan Aidilfitri saya dah sediakan duit raya sebanyak RM500 untuk diberikan kepada anak-anak buah,” katanya lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button