Cerita ArtisHiburan

Ezzaty Abdullah Terlibat Kemalangan Gara-Gara Elak Lori Dan Kereta

Pelakon Ezzaty Abdullah telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya kira pukul 1.00 pagi tadi.

Berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya, Ezzaty memberitahu kejadian berlaku ketika dia baru bulan dari penggambaran.

“Allahuakbar, 1st time kereta kena towing sebab accident sendiri langgar penghadang jalan. Habis shooting pukul 1 pagi dari pukul 9 pagi tadi.

Pastu accident pulak. Alhamdulillah, nasib baik saya dan PA tak apa-apa,” tulisnya yang turut berkongsi video keretanya.

Menurut Ezzaty, kemalangan yang berlaku awal pagi itu bukanlah disebabkan dia mengantuk, tetapi tidak kerana mahu mengelak lori dan kereta.

“Saya yang drive tapi accident bukan sebab mengantuk ye. Tak dapat nak elak divider tu sebab nak elak lori n kereta kat belakang,” ujarnya.

Jelasnya, pada waktu kejadian tersebut dia hanya dapat tidur selama 30 minit sahaja memandangkan dia mempunyai call time di Sekincan pada pukul 7.00 pagi.

“Jom tido 30 minit (syukur ada masa kejap utk rehat) kejap lagi 4 pagi nak bangun mandi lagi untuk pergi kerja!

“Perjalanan 2 jam jugak nak ke Sekinchan. Bukan mudah nak senang, harap semuanya ade hikmah dan hasil. Amin,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button