Cerita ArtisHiburan

Faizal Tahir & Ashraf Muslim Kehilangan Insan Tercinta Setelah Ayah Kedua-Duanya Meninggal Dunia

Dua orang artis popular tanah air iaitu penyanyi Faizal Tahir dan pelakon Ashraf Muslim masing-masing kehilangan ayah tercinta pada hari ini.

Ashraf menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan bahawa ayahnya, Haji Muslim Bin Bulat meninggal dunia kira-kira pada pukul 6.37 pagi tadi.

“Assalamualaikum semua , harini hari yang paling sedih . . . Ayah dah meninggal kan kami dalam keadaan yang baik dan tenang . . Mungkin itu yang terbaik untuk dia , sebab allah lebih sayangkan ayah daripada kami.

“Saya sebagai anak yang sulong ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidup , kalau ada hutang hutang atau pekara yang masih belum diselesaikan boleh hubungi saya,” ujarnya.

Sementara itu, Faizal Tahir turut kehilangan ayah tercinta, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman yang meninggal dunia pada kira-kira pukul 3.40 pagi akibat sakit jantung.

“Thank you Allah. Thank you for everything. Thank you abah. We love u so much Innalillah wainna ilaihi roji’un. 5.5.1950 – 28.9.2021. 17 Rejab 1369H – 21 Safar 1443H,” tulis Anas Tahir yang juga adik kepada Faizal di Instagram

Bapa kepada Faizal dan Anas itu merupakan bekas pensyarah Universiti Malaya dan seorang aktivis badan NGO, Aqsa Syarif. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button