Cerita ArtisHiburan

Faizal Tahir Lebih Ambil Berat Terhadap Nasib Rakyat Palestin Berbanding Muat Naik Gambar Sambut Aidilfitri

Penyanyi popular Faizal Tahir mengambil pendekatan untuk tidak memuat naik sebarang gambar sambutan Aidilfitri.

Menerusi perkongsian di Instagram, Faizal menyatakan dia lebih memikirkan nasib rakyat Palestin ketika ini.

“Ada yang bertanya tentang gambar saya menyambut Aildilfitri bersama keluarga pada tahun ini.

“Saya lebih mengambil berat terhadap apa yang berlaku kepada rakyat Palestin berbanding memuat naik gambar Aidilfitri yang mana ia kurang penting buat saya pada masa ini,” tulisnya.

Bagaimanapun, penyanyi itu menyatakan ia bukanlah satu tindakan yang salah sekiranya ada yang mahu memuat naik gambar menyambut Aidilfitri. 

Jelasnya, ia adalah sesuatu perkara yang baik dan boleh diteruskan terutama ia boleh memberi kebahagiaan kepada diri sendiri dan orang lain.

“Pada masa ini saya mempunyai perkara lain yang saya lebih ambil berat. Mungkin apabila tu masa yang sesuai saya akan berbuat demikian,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button