Cerita ArtisHiburan

“Kalau Rasa Itu Gambar Saya, Nikmatilah Ia!” – Faizal Tahir

Penyanyi Faizal Tahir mendakwa dirinya menjadi mangsa sabotaj apabila foto bogel miripnya menjadi tular di Internet baru-baru ini.

Tidak mengesahkan atau menafikan gambar kontroversi terbabit itu dirinya atau tidak, Faizal lebih selesa menyerahkan kepada netizen untuk menilai sendiri.

“Kalau ini percubaan orang untuk mengganggu keharmonian rumah tangga saya, saya doakan yang baik-baik untuk orang itu. Saya rasa saya tak perlu jawab apa-apa sebab hanya isteri saya dan Allah yang tahu kebenarannya.

“Tiada siapa boleh menghukum saya. Saya tak rasa tertekan pun bila saya dapat tahu. Saya tak perlu jelaskan secara terperinci kepada sesiapa pun kerana yang lebih penting isteri saya tahu mengenai foto itu,” katanya.

Faizal berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran album Rojak yang berlangsung di Warner Music, Neo Damansara hari ini.

Menurutnya, apa yang lebih penting adalah gambar tersebut bukanlah disebarkan olehnya sendiri sambil menegaskan tiada apa yang perlu disorokkan.

“Saya dah berusia 40 tahun dan banyak lagi benda lain yang lebih baik untuk dikongsi. Biarlah netizen untik membuat penilaian sendiri sama ada gambar itu mirip saya atau tidak.

“Terpulang kalau orang kata ia saya, saya tiada apa untuk disorokkan. Yang penting foto itu bukan disebarkan oleh saya dan kalau siapa yang menantikan gambar seperti itu, nikmatilah ia!,” katanya berseloroh.

Sebelum ini kecoh foto bogel mirip Faizal tersebar di alam maya sejak bulan Jun lalu menerusi laman Twitter. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button