Cerita ArtisHiburan

Fara Salleh Dedah Mesej Seorang Wanita Yang Mendakwa Pernah Hampir Dirogol Shuk Sahar

Kisah tentang wanita dikenali sebagai Fara Salleh yang dikaitkan dengan pelawak dan bekas penyampai radio Shuk Sahar masih lagi terus diperkatakan.

Yang terbaru, Fara mendedahkan mengenai mesejnya bersama seorang wanita yang tidak dikenali mendakwa dirinya hampir dirogol oleh Shuk Sahar.

“Hi I need to talk to you regarding about Shuk. I just hope that you boleh spill je semua pasal dia. Dulu he almost rape me.

“But then I tarik report because I pity him. I only have audio record but please don’t expose me,” ujar wanita berkenaan.

Ujar wanita itu lagi, kejadian berkenaan dikatakan berlaku pada Februari tahun ini dan menyatakan bukti seperti text atau nombor sudah tiada apabila rakan Shuk telah mengambil telefonnya dan memadamkan semua bukti.

Baru-baru ini nama Shuk sekali lagi menjadi sebutan apabila Fara telah bertindak memuat naik video seorang lelaki yang dipercayai pelawak berkenaan di dalam sebuah bilik hotel.

Namun begitu, Shuk mengatakan video yang tersebar itu bukanlah video baharu dan beranggapan tindakan Fara adalah semata-mata mahu membuat promosi semata-mata.

“Apa yang lepas biarkan berlalu. Jangan jadikan masa silam orang sebagai satu ugutan. Balai polislah cerita,” ujarnya menerusi satu posting di Insta Story. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
3
+1
1
+1
0
+1
0
+1
6
+1
2
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button