Cerita ArtisHiburan

“Fara Terlebih Excited Sebab First Time Menjadi Tetamu Allah…” Fara Mendoza Ke Tanah Suci Mekah Laksanakan Ibadah Umrah

Tidak dinafikan nama Fara Mendoza dikenali ramai sebagai seorang artis dan selebriti yang sering tampil seksi menerusi gambar yang dimuat naik di media sosial.

Namun begitu, menerusi satu perkongsian di Instagram, Fara memaklumkan dia kini berada di kota suci Mekah melaksanakan ibadah umrah.

“Assalamualaikum semua, Ya Allah😭 Alhamdulilah, fara telah berangkat menunaikan umrah dengan rendah diri serendah rendahnyaa, fara memohan maaf atas kesalahan kepada semua.

“Halalkan jugak makan minum, fara terlebih excited sebab firstime menjadi tetamu Allah. Korang doakan fara yeee, semoga Allah permudahkan setiap urusan, semoga semua berjalan lancar,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi ruangan komen pula rata-rata rakan artis dan peminat memohon agar dia mendapat umrah yang mabrur.

Malah, ada juga yang mendoakan agar pelakon berkenaan akan diberikan hidayah selepas selesai mengerjakan ibadah umrah. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button