Cerita ArtisHiburan

Fasha Sandha Tegaskan Tidak Pernah Buat Akaun Instagram Anak-Anaknya

Mewujudkan akaun Instagram khas untuk anak yang baru dilahirkan seperti sudah menjadi satu kebiasaan buat golongan selebriti.

Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa ada sebilangan akaun Instagram tersebut telah diwujudkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Yang terkini, pelakon popular Fasha Sandha yang baru sahaja melahirkan cahaya mata menafikan telah membuat akaun Instagram anaknya, Aisha Amaira.

“Assalamualaikum kesayangan ibu! Aisha Baru lepas mandi dan wangi! Aisha takde IG tau…. Aisha terkejut ramai buatkan IG utk Aisha.

“Ibu tak buat IG untuk mana-mana pun anak-anak ibu sebab ayah tak izinkan. Jadi… gambar #iburayfalrayshaaisha #iburayfalraysha semua dalam IG ibu je tau…. have a good day semua,” ujarnya.

Fasha telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 7 Ogos lalu. Ia merupakan cahaya mata pertamanya bersama suami Aidil Aziz.

Sebelum ini, pelakon berkenaan sudah mempunyai dua orang cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha & Aidil Aziz

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button