Cerita ArtisHiburan

Fathia Latiff Buat Suntikan Filler Rahang, Ada Netizen Tegaskan Perbuatan Tersebut Haram

Baru-baru ini, pelakon Fathia Latiff telah berkongsi satu video yang telah menarik perhatian peminat, terutama sekali netizen.

Ia merupakan sebuah video yang menujukkan dirinya sedang melakukan suntikan filler rahang bagi menegangkan kulit yang kendur.

“Orang yang merasa tidak puas hati dengan garis rahang atau dagu mereka mungkin ingin menambah bentuk di kawasan ini. Filler rahang jenis suntikan atau dermal filler dapat memberikan penyelesaian bukan pembedahan.

“Dagu dan rahang yang kelihatan lembut boleh disebabkan oleh usia atau genetik. Filler rahang dapat menambahkan bentuk, simetri, keseimbangan dan kontur ke kawasan kawasan ini, terutama dalam profil,” tulisnya di ruangan caption video berkenaan.

Jelasnya, filler rahang adalah gel yang disuntik ke dalam kulit dan ia merangsang penghasilan asid hyaluronik atau kolagen.

“Ini dapat menegangkan kulit yang kendur dan kehilangan tulang di sekitar rahang,” ujarnya.

Bagaimanapun, video yang dimuat naik itu telah mendapat pelbagai raaksi netizen terhadap suntikan yang dilakukannya itu.

Ada yang menyatakan dia tidak perlu membuat suntikan kerana dirinya memang cantik dan ada yang mengatakan perbuatan tersebut sebagai haram.

“Any jaw or face enhancement is HARAM. Seeing hijabis doing face enhancement does not make it HALAL.

“Dosa pahala masing2 tanggung tapi ini adalah sekadar peringatan,” ujar seorang netizen yang menggunakan nama @thebluecable.

Selain itu, seorang lagi netizen iaitu @anie_fitriyanie menyatakan pelakon itu tidak perlu membuat sebarang perubahan.

“Cantik yang dulu lagi.. sis fatiya..xprlu nak ubah sebab awak dah semula jadi cantik… now dah mcm org tua..rindu yang dulu,” ujarnya. – Kopiplanet.com

Kredit Foto: Instagram Fathia Latiff

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button