Cerita ArtisHiburan

Fattah Amin Risau Fazura Masih Rajin Bekerja Walau Sarat Hamil

Menjelang beberapa minggu lagi sebelum bertukar status sebagai seorang bapa, pelakon Fattah Amin mengakui risau melihat isterinya, Nur Fazura Sharifuddin, 37, yang masih lagi gigih bekerja biarpun sudah sarat hamil lapan bulan.

Menurut Fattah, 30, walaupun dia tidak boleh menghalang perkara itu namun apa yang mampu dilakukannya adalah untuk sentiasa bersama Fazura menjelang hari-harinya yang bakal melahirkan anak sulung mereka nanti.

“Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum isteri saya bersalin. Saya sendiri kadang-kadang bersimpati dengannya kerana masih rajin bekerja, dia memang seorang yang sangat workaholic.

“Untuk pastikan dia sentiasa dalam keadaan baik, saya memang sentiasa ada dan luangkan masa dengannya,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Fattah ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharunya, Miimaland yang diadakan di e-Curve, Mutiara Damansara baru-baru ini.

Tetap dengan pendirian mereka yang enggan berkongsikan lagi mengenai jantina dan nama anak sulung, Fattah enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu ketika ditanyakan pihak media.

Menerusi laporan media sebelum ini, Fazura berkata dia tidak akan berkongsikan jantina anak sehingga melahirkan serta tidak akan melakukan majlis ‘baby shower’ yang sinonim dianjurkan selebriti bagi menyambut kedatangan si comel mereka.

“Nantikan (nama anak).. Buat masa ini saya dah beli beberapa barangan keperluan bagi menyambut kedatangan anak kami. Selain itu, saya juga dah mula buat sedikit research serta bertanyakan nasihat daripada mereka yang berpengalaman, terutama dalam kalangan ahli keluarga,” ujarnya lagi.

Fattah dan Fazura bernikah pada 27 November 2017. Pasangan itu mula menjalinkan cinta selepas sama-sama terlibat dalam penggambaran drama Hero Seorang Cinderella.

Sementara itu, filem Miimaland mengisarkan mengenai sekumpulan individu yang perlu membuat penggambaran di bekas tapak tinggalan sebuah taman tema yang cukup popular pada tahun 90-an bagi menyelesaikan satu misi projek mereka.

Selain Fattah, filem arahan Nevin Hiong itu turut dibintangi Sophia Albarakbah, Zalif Sidek, Camelia Natasya, Hazzy Alzeeq dan Farah Ahmad.

Miimaland bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 24 September ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button