FilemTerkini

Fenomena Norma Baharu Tayangan Filem Di Malaysia

Sejak pandemik Covid-19 bermula pada awal tahun ini, ternyata industri filem Malaysia berdepan dengan pelbagai cabaran.

Boleh dikatakan bahawa sehingga kini masih belum memberikan sebarang indikasi apakah kesudahannya memandangkan ‘peperangan’ berdepan dengan pandemik ini masih belum berakhir.

Antara yang menjadi perhatian ialah sokongan penonton untuk kembali ke pawagam dan memenangi persepsi bahawa pawagam adalah selamat untuk dikunjungi.

Namun, yang lebih perlu diberikan perhatian ialah masa depan filem-filem kita dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Dengan kemuncak kutipan di bawah Syarat Wajib Tayang pada tahun 2019 yang mencecah RM 134 juta, prestasi pada tahun ini awalnya dijangkakan lebih cemerlang berbanding tahun lalu.

>Baca: Keluarga Iskandar The Movie: Keluarga Paling Havoc Muncul Di Astro First

Bagaimanapun, ia ternyata tidak begitu apabila di seluruh dunia sekarang ini terpaksa berhadapan dengan wabak Covid-19.

Apa yang amat menarik perhatian adalah kejayaan beberapa filem tempatan yang sepatutnya ditayangkan di pawagam dalam tempoh cabaran ini, secara tiba-tiba cemerlang melalui tayangan saluran berbayar altenatif.

Misalnya, sambutan yang menggalakkan bagi filem seperti Syif Malam Raya, Manap Karaoke dan Town Mall di saluran Astro First mencipta satu fenomena baru dalam industri perfileman.

Ternyata masyarakat terutama sekali penonoton bijak dalam membuat pilihan untuk memastikan sokongan terhadap karya tempatan terus segar.

Cuma, masih terlalu awal untuk membuat jangkaan. Namun, apa yang pasti suasana dalam sektor pemameran filem sudah mula menampakkan suatu kelainan.

Tidak mustahil, saluran seperti ini akan menjadi pilihan utama berbanding pawagam bagi karya tempatan kerana ia lebih mudah untuk mencapai sasaran penontonnya.

Kiriman
Onn Norshal Hamzah
(Pembaca setia KopiPlanet.com)

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button