Cerita ArtisHiburan

Fida Ibrahim Beri Amaran Kepada Aris Burger Agar Tidak Lagi Guna Hasil Kerja & Wajahnya

Pelakon Fida Ibrahim memaklumkan bahawa dia kini sudah tidak lagi menjalinkan kerjasama dengan syarikat Aris Burger.

Menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya, Fida turut memberi amaran agak syarikat berkenaan tidak menggunakan hasil kerja dan wajahnya.

“Assalamualaikum & selamat pagi semua. Hari ni saya ingin buat pengumuman bahawasanya saya sudah tidak bersama lagi dengan company lama iaitu Arisprop / Aris Burger. Terima kasih buat semua yang sudi memberikan sokongan pada saya selama ini sepanjang saya bersama dgn syarikat itu.

“Sedemikian dengan itu, saya memohon pihak syarikat Arisprop Holdings Sdn Bhd / Aris Burger untuk tidak lagi menggunakan segala hasil kerja mahupon wajah saya walau di mana medium sekalipon,” tegasnya.

Fida berkata, dia membuat pengumuman secara terbuka setelah syarikat tersebut tidak membuat sebarang kepada dirinya.

Jelasnya, dia juga akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak berkenaan tidak memadamkan semua yang berkaitan termasuk video iklan yang dihasilkannya.

“Saya terpaksa membuat secara terbuka kerana sebelum ini saya sudah memberitahu pada pihak berkenaan tapi masih lagi menggunakan hasil kerja saya yang pihak syarikat tidak bayar.

“Untuk mengelakkan tindakan undang-undang diambil, sekali lagi SAYA TEGASKAN untuk menurunkan segala yg berkaitan dengan saya termasuk video TVC yg dihasilkan oleh saya. Sekiranya, tak mampu nak bayar saya, sekurang-kurangnya pihak syarikat biarlah ada sedikit rasa malu,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
1
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button