AdvetorialKongsi

Fight For Fitness Tawar Pelbagai Kelas Seni Mempertahankan Diri, Dilatih Tenaga Pengajar Bertauliah & Berpengalaman

Tidak dinafikan semakin ramai masyarakat yang dilihat menyertai kelas seni mempertahanankan diri, sama ada untuk tujuan pertahanan diri atau kecergasan.

Yang terbaharu, sebuah pusat latihan khas seni mempertahankan diri, Fight For Fitness baru sahaja dibuka dengan menawarkan pelbagai kelas sukan tempur.

Pengasas Fight For Fitness, Zy Rain @ Rainz berkata, semuanya bermula dengan kelas yang dibuka dalam kawasan rumahnya sejak beberapa tahun lalu.

“Menyedari bahawa seni mempertahankan diri sukan tempur yang semakin mendapat sambutan, akhirnya saya membuat keputusan untuk membuka sebuah pusat latihan yang lebih luas dan selesa.

“Di Fight For Fitness ini, kami menawarkan beberapa kelas untuk orang ramai seperti Muay Thai, Jiu Jitsu, Tinju dan seni pertahanan popular dari Brazil iaitu Capoeira,” ujarnya.

Terletak di Blossom Square, Bandar Rimbayu, Zy Rain berkata lokasi berkenaan dipilih memandangkan tiada pusat latihan sebegitu yang lain dibuka di kawasan tersebut.

Ujarnya, selain Taekwando, setakat ini belum ada kelas seni mempertahankan diri lain yang dibuka seperti ditawarkan Fight For Fitness.

Dalam pada itu, Zy Rain yang sebelum ini aktif dalam sukan Taekwando dan Muay Thai memaklumkan setiap tenaga pengajar di Fight For Fitness mempunyai kelayakan masing-masing untuk mengajar.

“Kami menyediakan tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran, malah mempunyai sijil yang diiktiraf dan bertauliah untuk mengajar.

“Selain kelas seni mempertahankan diri, turut disertakan program kesihatan dan kecergasan bertujuan menyediakan sukatan pelajaran latihan yang komprehensif,” ujarnya.

Menurutnya lagi, Fight For Fitness mengalu-alukan penyertaan buat mereka yang ingin belajar seawal kanak-kanak berusia lima tahun sehinggalah individu dewasa.

Jelasnya, setiap pelajar yang baru menyertai akan diajar dari peringkat asas sehinggalah ke peringkat profesional untuk mendalami ilmu seni mempertahankan diri.

Fight For Fitness memberikan yang terbaik untuk pelajar dengan menawarkan khidmat berikut:
 Jurulatih Berpengalaman & Bertauliah
 Pengedar peralatan Seni Mempertahankan Diri Thailand (Mongkol)
 Sukatan pelajaran latihan yang komprehensif dengan kad laporan
 Penggredan suku tahunan untuk semua pelajar
 Pusat Pensijilan Muay Thai
 Perlawanan Amatur Suku Tahun
 Bootcamp ke Pusat Muay Thai Profesional di Thailand
 Perkhemahan Musim Panas/Percutian untuk belia

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button