FilemTerkini

Filem Eva – Take Me As I Am Angkat Kisah Tentang Kesihatan Mental

Syarikat produksi dan penerbitan, D’Alpha Legacy (M) Sdn. Bhd. telah menghasilkan sebuah lagi filem bergenre psycho-thriller karya tempatan berjudul “Eva – Take Me As I Am”.

Penerbit D’Alpha Legacy (M) Sdn. Bhd., Diyana Ismail berkata, tujuan pihaknya menghasilkan filem berkenalan adalah untuk memberi kesedaran dan mendidik masyarakat tentang punca dan kesan terhadap masalah kesihatan mental.

“Pasti ada beberapa orang dalam kalangan masyarakat kita memandang enteng terhadap isu ini namun ketahuilah bahawa isu masalah kesihatan mental bukanlah perkara main-main.

Percayalah bahawa selain keluarga dan rakan- rakan, golongan yang sedang bertarung dengan isu ini sebenarnya memerlukan sokongan yang kuat dari masyarakat.

Ujarnya, sebagai tanda sokongan, kami akan terus membantu golongan yang memerlukan bantuan dan sokongan bagi isu kesihatan mental.

Filem berkenaan mengisahkan tentang tiga individu berbeza iaitu Eva, Amy dan Mike yang terperangkap di dalam satu badan yang sama. Eva sebagai pemilik tubuh terpaksa berdepan dengan pelbagai perubahan. Setiap watak yang berada di dalam badannya mempunyai personaliti yang berbeza akibat daripada kejadian trauma yang dialaminya sejak dia masih kanak-kanak.

Eva merupakan mangsa gangguan seksual sejak kecil lagi sehingga dia mengalami trauma menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan mental yang dipanggil sebagai DID atau Dissociative Identity Disorder. Dalam erti kata lain boleh dikategorikan sebagai Split Personality.

Sementara itu, pengarah Eva iaitu Suhaiza Aziz berkata, sebagai filem pertama arahannya, Eva membuka peluang kepadanya dalam memberi pendedahan yang positif kepada masyarakat tentang masalah kesihatan mental.

“Ia sebenarnya pernah berlaku dalam kalangan masyarakat kita namun tidak diendahkan malah ada juga pihak yang mengambil pendekatan untuk menjauhkan diri dari golongan ini.

“Saya ingin tonjolkan bahawa sikap prihatin itu sangat banyak membantu mereka yang mengalami apa sahaja jenis masalah kesihatan mental. Sokongan moral itu secara tidak langsung dapat memberi kekuatan kepada mereka dalam mengharungi dan bertarung dengan keadaan diri mereka yang sedikit berbeza dari kita,” jelasnya.

Filem Eva sudah pun mula ditayangkan di pawagam sejak 26 Januari lalu di pawagam seluruh Malaysia serta Singapura dan Brunei. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button