
Filem Thailand Lakonan Nichkhun Raih Kutipan Pecah Panggung
Filem Thailand, Brother of the Year yang dilakonkan salah seorang anggota kumpulan dari Korea Selatan 2PM, Nichkhun mencatatkan kutipan pecah panggung sejak ia mula ditayangkan di negara gajah putih pada 10 Mei lalu.
Filem bergenre komedi romantik itu turut berjaya mengalahkan filem Hollywood, Infinity War yang turut memulakan tayangan pada minggu yang sama.
Setakat ini, Brother of the Year berjaya mencatatkan jumlah kutipan sebanyak US$2 juta (RM7.9 juta).
Nichkhun yang mempunyai darah campuran Thai daripada sebelah bapanya membuat kemunculan dalam filem tersebut selepas sekian lama berehat daripada dunia lakonan.
Filem itu turut menampilkan pelakon hebat Thailand seperti Sunny Suwanmethanont dan Urassaya Sperbund.
Brother of the mengisahkan tentang seorang abang yang tinggal bersama adik perempuannya. Walaupun tinggal bersama, si abang langsung tidak membantu dalam membuat kerja rumah sehinggalah satu hari dia merasa ‘tamparan’ apabila adiknya bakal berkahwin sekali gus berhijrah ke Jepun dengan jejaka pilihan hatinya. – KopiPlanet.com