Cerita ArtisHiburan

FINAS Buat Serbuan Terhadap Satu Aktiviti Penggambaran Filem, Langgar Perintah PKP Fasa Pertama

Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah melakukan satu serbuan di sebuah lokasi pengambaran kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Pertama.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, serbuan dilakukan di sebuah premis di Sunway Velocity Cheras pada 29 Jun lalu oleh Unit Penguatkuasa, Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Finas.

“Hasil serbuan tersebut mendapati bahawa terdapat aktiviti penggambaran filem yang dijalankan di premis berkenaan dalam tempoh PKP Fasa Pertama.

“Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan telah diambil ke atas pihak berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 22 (1) Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244),” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Pada masa sama, Ahmad Idham turut mengingatkan kepada semua syarikat produksi untuk terus mematuhi segala SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam membendung kes penularan pandemik Covid-19.

Jelasnya, Finas juga menyatakan komitmen untuk bertindak lebih agresif dalam menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan SOP PKP 3.0 ini.

Ujarnya lagi, pihaknya juga mengalu-alukan sebarang aduan daripada masyarakat awam untuk melaporkan kepada FINAS sekiranya mendapati berlaku pelanggaran SOP melibatkan aktiviti penggambaran

“Sebarang aduan dan pertanyaan lanjut boleh berhubung menerusi talian 03-41041300 (Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan) dan emel di info@finas.my,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button