Cerita ArtisHiburan

Fizz Fairuz Dedahkan Dirinya Alami Gangguan Mistik… Rasa ‘Panas’ Dengan Isteri, Enggan Bermain Dengan Anak-Anak & Lebih Banyak Termenung

Pelakon popular, Datuk Fizz Fairuz mendedahkan bahawa dirinya mengalami keadaan mistik sehingga kesihatannya terganggu ketika menjalani penggambaran beberapa bulan lalu.

Fizz berkata, selain berhadapan masalah kesihatan, ia turut memberi kesan terhadap hubungan dengan isteri dan anak-anak terjejas.

“Saya menjalani penggambaran di tempat yang memang orang membuat benda-benda halus. Saya tiba selepas Asar dan terus ke lokasi penggambaran yang berada di perkampungan Orang Asli. Saya tiba di sana sekitar lima hingga 10 minit saja namun sudah rasa seram sejuk. Selepas tiga hari penggambaran saya terus pulang Kuala Lumpur.

“Sebaik sahaja tiba di rumah, saya alami demam tak kebah dan dada rasa seperti ditekan. Namun apabila menjalani ujian saringan kesihatan Covid-19, keputusannya negatif. Cuma, saya tidak boleh makan selama dua minggu kerana apabila makan muntah.

“Dalam tempoh itu, saya ‘panas’ dengan isteri sendiri, tidak bermain dengan anak-anak dan lebih banyak termenung. Selama dua minggu ‘benda’ itu menumpang dalam badan saya dan akhirnya saya menelefon semula doktor meminta nasihat,” ujarnya.

Fizz menjelaskan mengenai kesihatan dirinya ketika ditemui di majlis sidang media Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Damansara, di sini pada Rabu.

Jelas Fizz, sepanjang tempoh tersebut lagi dia dua kali masuk wad sehinggan bertanyakan perkara tersebut dengan seorang ustaz berhubung keadaanya itu.

“Menurut ustaz itu, saya sepatutnya membersihkan diri terlebih dahulu sebelum pulang ke ibu kota. Biasalah kalau kita ke tempat yang ‘keras’,” jelasnya.

Sebelum ini, Datin Almy Nadia memberitahu bahawa suami tercintanya menerima rawatan di hospital akibat penyakit angin gastrik. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Fizz Fairuz

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button