Cerita ArtisHiburan

Gadis ‘Penyondol’ Rumah Tangga Hafidz Roshdi Mohon Maaf, Dedah Sudah Saling Berhubung Sejak Sembilan Tahun Lalu

Seorang gadis yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan pelakon Hafidz Roshdi, Athira Yuhada telah tampil membuat permohonan maaf.

Permohonan tersebut dibuat oleh gadis berkenaan menerusi satu posting di Instagram miliknya pada malam tadi.

“Assalamualaikum, saya Athira Yuhada. Saya dengan hati terbuka ingin memohon maaf kepada Shuhada, Humairah & Umar. Saya akui saya insan yang lemah dan bodoh apabila hanyut dalam situasi (gangguan rumah tangga) ini.

“Apa yang saya lakukan ini sangat mementingkan diri sendiri. Selepas Hafidz cuba menghubungi saya beberapa kali sejak sembilan tahun lalu, saya sedaya-upaya cuba mengelak. Namun, akhirnya perkara ini berlaku kerana mengetahui keadaan kesihatan mentalnya yang membuatkan saya simpati dan ingin menyokong apa yang dilaluinya,” tulisnya.

Menurut Athira, hubungannya dengan pelakon berkenaan juga sudah lama berakhir dan menegaskan ia tidak akan berlaku lagi.

“Saya sudah lama tidak berhubung dengan dia dan tidak akan berlaku lagi.  Saya dengan rendah diri ingin sekali lagi memohon maaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar,” katanya.

Sebelum ini, identiti gadis yang dikaitkan dengan pergolakan rumah tangga pelakon itu telah terbongkar menerusi satu hantaran yang viral di media sosial.

Ia memaparkan screen shot Hafidz saling berbalas-balas mesej dengan wanita dikenali Athira Yuhada itu menerusi WhatsApp.

Malah, turut dipaparkan gambar wanita terbabit yang didakwa ‘penyondol’ atau pengacau rumah tangga orang itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button