HiburanSelebriti

Gagal Bayar RM260,400 Kepada Fame Up Entertainment, Norjuma Habib Mohamed Diisytihar Muflis

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah mengisytiharkan usahawan Norjuma Habib Mohamed muflis setelah dia gagal membayar RM260,400 kepada Fame Up Entertainment.

Menerusi laporan Harian Metro Online, Penolong Pendaftar Siti Zulaikha Nordin @ Ghani merekodkan perintah kebankrapan itu selepas mendengar petisyen kreditor yang difailkan oleh syarikat berkenaan pada Oktober tahun lalu.

Peguam Muhammad Hassanuddin Roslan yang mewakili Fame Up Entertainment mengesahkan bahawa, mahkamah tinggi hari ini mengisytiharkan Norjuma sebagai muflis. 

“Kami percaya bahawa Jabatan Insolvensi akan meneruskan proses kebankrapan ini. Secara asasnya, Fame Up Entertainment memfailkan petisyen terhadap Norjuma, dan hari ini sudah ditetapkan untuk pendengaran.

“Mahkamah memutuskan (Noorjuma) bankrap selepas dia gagal melunaskan bayaran untuk petisyen kreditor,” katanya.

Turut hadir di mahkamah, pemilik Fame Up Entertainment, Zuriawati Zaidi.

Jelasnya, usahawan itu juga sudah dimaklumkan mengenai prosiding pada jam 9.00 pagi ini, namun tidak hadir dan mahkamah sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Pada Oktober tahun lalu, Fame Up Entertainment dilaporkan telah memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap Norjuma.

Notis tersebut difailkan pada 15 Ogos tahun lalu yang memohon supaya Norjuma membayar RM260,400 kepada Fame Up Entertainment selepas diperintah berbuat demikian oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button