HiburanSelebriti

Gagal Beri Kerjasama & Hina Mahkamah, Hakim Arah Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Norjuma

Usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed telah dikenakan perintah waran tangkap oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, arahan berkenaan dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Yasmin Abdul Razak setelah usahawan berkenaan gagal memberi kerjasama dari permulaan kes dan menghina mahkamah atas ingkar perintah yang ditetapkan.

Peguam bagi pihak Fame Up Entertainment, Muhammad Hassanuddin Roslan berkata, pihaknya gagal menyerahkan waran tangkap itu selepas Norjuma dikatakan tidak ada di kediamannya.

“Mungkin selepas ini kita akan menyerahkan waran tangkap itu ke pihak polis bagi membantu mengesan Norjuma dan menahannya,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan daripada pihak Fame Up Entertainment, peguam dan bailif (pegawai yang menyampaikan writ dan saman) telah ke rumah Norjuma dan juga rumah keluarganya.

Malah, menerusi kenyataan itu lagi, pihak keluarga usahawan itu juga tidak memberikan kerjasama.

Sebagai rekod, Fame Up Entertainment memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma sejak 2019 dan 2020 berikutan penyebaran fitnah usahawan itu pada syarikat berkenaan sekitar 2018 hingga 2020. – KopiPlanet.com

 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
4
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button